BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Anda pengunjung yang ke

Isnin, 30 Januari 2012

Bagi Yang Betul-Betul Berminat Sahaja

30 Jan 2012


Tasbih Delima Merah

Assalammualaikum buat teman-teman Akar Bangsa dan pembaca. Sekadar berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Dalam masa terdekat penulis berpeluang melihat sendiri seutas tasbih delima merah. Dari maklumat pemilik asal, tasbih ini diperolehi dengan cara permohonan alam ghaib. Apa pun pendapat mungkin hanya yang betul-betul mahir mampu mengenali keaslian tasbih delima ini. Bak kata pepatah "Hanya jauhari yang mengenali manikam". Bau setiap batu delima ini cukup harum, malah kepala tasbih ini diikat menggunakan kain cindai putih. Semoga ianya menambahkan kerinduan di dalam berzikir memuji kebesaran Tuhan Semesta Alam. Setiap keindahan yang dipamerkan hanya sebahagian kecil dari kehebatan yang lebih besar dalam setiap penciptaannya. Penulis hanya berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Apa pun hanya ALLAH yang lebih mengetahui nya.


 Pandangan tasbih Delima Merah dari Atas

 Jelas kelihatan kain cindai putih

 Terdapat 101 biji batu Delima kesemuanya

 Berikut adalah pandangan yang lebih hampir


Geliga Semut

Berikut adalah Geliga Semut milik salah seorang ahli Akar Bangsa yang ingin di maharkan. Asalnya geliga ini hanya beberapa biji sahaja. Geliga ini sentiasa bertambah dari hari ke hari. Menurut sahabat geliga ini cepat dan  mudah untuk beranak. Kepada pembaca atau ahli Akarbangsa yang berminat boleh menghubungi penulis pada No: 019-2277819. Mahar ataupun fidyah yang diamanahkan kepada penulis adalah RM350.00 untuk sebiji geliga. Berikut adalah beberapa gambar geliga semut yang dapat dirakamkan secara dekat.

 Yang bewarna kekuning-kuningan adalah jantan

 Yang bewarna cerah adalah betina





ARTIFAK ZAMAN SILAM

Teko ini merupakan artifak zaman silam yang dikatakan oleh pemilik asal berusia 1500 tahun. Ianya berasal dari daerah Tibet atau pun Monggol. Ukiran yang terdapat pada teko ini mungkin dapat ditafsirkan oleh mana-mana pengkaji sejarah. Segala pandangan dan maklumat cukup membantu penulis untuk mengetahui seberapa banyak maklumat tentang artifak lama ini. Ianya diperbuat dari tembaga kuning. Di dalam teko ini juga terdapat ukiran yang hampir sama. Teko ini adalah teko kuno yang cukup lama usianya. Pembuatannya amat sarat dengan corak yang menghiasi bahagian atas teko ini. Dari segi corak, penulis amat pasti teko ini bukan berasal dari Tanah Melayu. Semasa mendapat teko ini ianya amat buruk dan corak-coraknya tenggelam dengan tanah dan kepuk.Penulis membersihkannya dan sedaya upaya tidak merosakkan keasliannya.


 Walaupun teko ini kecil namun ianya agak berat.






 Pandangan dari sebelah dalam teko

Ukirannya juga cukup jelas pada dasar teko.

Teko ini amat bernilai buat pemilik asal. Ianya antara teko yang cukup lama usianya. Hanya pembeli atau penggemar yang benar-benar berminat akan dilayan.Harganya juga agak tinggi apabila ditanyakan kepada pemilik asal. Buat penggemar atau peminat artifak lama boleh menghubungi penulis jika berminat.


0 ulasan: